Pengenalan
Pertandingan Pertandingan Urban Farming Masjid Peringkat Negeri Perak merupakan penghargaan atas usaha pihak masjid dalam penglibatan aktiviti pertanian dan menghijaukan kawasan masjid di seluruh negeri Perak.Program yang berkonsepkan self-sustain ini secara tidak langsung dapat menggalakan dan menarik minat generasi muda & komuniti masjid dalam aktiviti pertanian serta menjana makanan sendiri seperti yang di saran oleh yab menteri besar perak iaitu “tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam, selebihnya kita boleh jual atau bersedekah” sebagai satu usaha dalam sekuriti makanan serta menyokong usaha pelan tindakan Perak Sejahtera 2030.
Objektif Pertandingan
Satu galakan untuk melibatkan komuniti masjid dalam aktiviti pertanian serta kepentingan terhadap sekuriti makanan.
Memberi galakan kepada pihak masjid supaya lebih komited untuk memanfaatkan tanah-tanah dan ruang sedia ada untuk kegunaan aktiviti yang lebih sihat.
Melahirkan komuniti yang kreatif, inovatif & saling bekerjasama serta menerapkan program kitar semula atau dikenali sebagai 3R (Reduce, Reuse and Recyle) dalam aktiviti pertanian.
Tempoh Pertandingan
| PROSES | TARIKH |
|---|---|
| Tempoh Penyertaan Dibuka | 01-28 FEB 2023 |
| Sesi Penjurian | Mac-Mei 2023 |
| Penyampaian Hadiah | September 2023 |
Syarat Penyertaan
Lokasi tapak perusahaan yang dibenarkan: kawasan dalam perkarangan masjid sahaja.
Hanya aktiviti tanaman sayuran, tanaman herba, tanaman kontan dan tanaman yang memenuhi elemen sekuriti makanan sahaja sama ada secara konvensional, fertigasi, hidroponik dan akuaponik.
Perlu menghantar penyertaan pada tarikh yang telah ditetapkan.
Melengkapkan laporan pertandingan urban farming yang disediakan oleh pihak penganjur.
Keputusan pertandingan adalah muktamad. sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Kriteria Penilaian
Setiap kategori dinilai mengikut kriteria seperti berikut:
Dilengkapi dengan kepelbagaian tanaman sayuran, tanaman herba, tanaman kontan dan tanaman yang memenuhi elemen sekuriti makanan.
Mempunyai elemen kelestarian seperti penggunaan bahan kitar semula ataupun 3R.
Kebersihan, keindahan, kecerian & susunatur kebun yang menarik/kreatif.
Mempunyai inovasi dalam pelaksanaan sistem tanaman.
Keberhasilan tanaman kebun yang berkualiti.
Mempunyai pengurusan kebun (penglibatan ahli kariah & sistem rekod).
Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah markah tertinggi bagi penilaian juri professional melalui 2 peringkat penilaian:
| PENILAIAN AWAL | PENILAIAN AKHIR |
|---|---|
| Dinilai oleh 2 wakil pegawai dari setiap agensi yang terlibat | Dinilai oleh 2 wakil pegawai dari setiap agensi yang terlibat |